Assalamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera!

Assalamu ‘alaikum dan salam sejahtera.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dunia perniagaan adalah dunia yang dipenuhi dengan rezki yang melimpah ruah. Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ” Sembilan persepuluh rezeki itu terletak di dalam perniagaan”. Namun hari ini umat Islam amnya dan umat Melayu khususnya tidak begitu berminat dengan perniagaan dengan alasan risiko serta modal yang tinggi. Dengan dua alasan ini menjadikan umat Islam lemah dari sudut ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam.
Bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh sebilangan besar orang-orang Melayu, pihak DNR AGENCY membuka ruang kepada semua umat Islam DAN BUKAN ISLAM menceburi bidang perniagaan yang tetap menjamin pulangan lumayan meskipun tanpa modal yang besar dan tanpa risiko disamping menjadi ‘pendakwah’ di dalam bidang mua’malat Islam. Ramai orang Melayu dan Islam telah berjaya di dalam bidang ini bahkan ramai juga sudah mencapai gelaran JUTAWAN melalui perniagaan-perniagaan yang kami tawarkan.
Kini dengan modal serendah RM80 anda boleh memulakan perniagaan sebagai Perunding Takaful di eTiqa Takaful. Bayaran adalah untuk pendaftaran  peperiksaan Asas Takaful (TBE).

eTiqa TAKAFUL- KERJA SEKALI KUTIP HASIL SELAMA 6 TAHUN”

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.takafulworld.me  atau hubungi

Dr Nik Rahim Nik Wajis
Unit Manager
D.N.R AGENCY.
H/P: 014 820 7111
Email: dr_nikrahim@yahoo.com
http://www.takafulworld.me

DAFTAR SEKARANG SECARA PERCUMA


Kad Perubatan eTiqa Takaful Ultra-Medic

Etiqa Takaful Berhad (ETB) kini mempunyai pelan baru kad perubatan yang terbaik di pasaran.
Jika dulu ia dipanggil Medic-Save, kini ia dipanggil Imagebersesuaian dengan ciri-ciri baru yang ‘ultra’ dalam industri takaful.

Ciri-ciri utama Ultra Medic ETB:

1. Cashless, zero ko-takaful. Bil ditanggung 100% sehingga habis had tahunan/sepanjang hayat.

2. Tempoh maksima penginapan hospital dinaikkan menjadi 180 hari per year berbanding 120 hari per year seperti yang biasa ditawarkan dalam industri.

3. Home Care Benefit sehingga RM200 sehari.

4. Perubatan alternatif selepas keluar hospital seperti akupunktur, homeopathy dsb sehingga RM300 per treatment.

5. Khidmat Medical Second Opinion dari mana-mana hospital terkemuka dunia.

6. Kelayakan wad sehingga RM500 per hari.

7. No Claim Bonus (NCB) pun ada tiap2 tahun.

8. Manfaat penjagaan kanak-kanak di hospital sehingga RM150 per hari.

Image

9. Peserta berumur 64 tahun masih berpeluang untuk memiliki kad Ultra Medic ini. Jadi, ibubapa anda boleh mohon jika masih belum 64 tahun umurnya.

10. Kad ini boleh diperbaharui secara automatik hingga umur 88 tahun tanpa mengira keadaan kesihatan peserta sepanjang tempoh polisi.

11. Tak usah risau mengenai berapa kali lawatan doktor bagi satu-satu hari di hospital.

12. Elaun harian hospital kerajaan sehingga RM200 per hari, on top of elaun harian hospital yang biasa.

Bagi pelan yang tertinggi yang cover tahunan RM300k & RM1.5 juta sepanjang hayat & wad RM500 sehari… Kadarnya hanya RM1,969 setahun termasuk khairat kematian/TPD sebesar RM40k++ (samada akibat penyakit, kemalangan mahupun semulajadi sehingga umur 88 tahun) bagi peserta lelaki berusia 21-30 tahun..

Hanya perlu hindari daripada upgrade bilik supaya tidak dikenakan ko-payment 20% (sebelum ini 28%) kecuali atas arahan pihak hospital akibat kekurangan bilik yang dalam had kelayakan atau kecuali akibat keperluan kesihatan atas nasihat doktor..

Boleh hubungi saya di talian 014 820 7111  untuk appoinment.

Anda tercari-cari kad perubatan tanpa ko-takaful bagi yang mematuhi had kelayakan bilik?? Dengan limit tahunan & lifetime yang tinggi.. Dengan had room & board yang boleh dapat single-bedded.. Dengan kemudahan rawatan alternatif.. Ada NCB jika tiada claim.. Maka, jawapannya kini ada di Etiqa Takaful..

Lembaga Penasihat Syariah

 Lembaga Penasihat Syariah

Fatwa mengenai Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Pelaksanaan Takaful Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep dan pelaksanaan takaful di Malaysia adalah bertepatan dengan syariat Islam.

Sebelum sesebuah syarikat ingin memohon lesen takaful dari Bank Negara Malaysia, mereka perlu mewujudkan panel Syariah mereka sendiri yang terdiri daripada pakar² Islam dalam beberapa cabang.

 

 

Kemudian, BNM sendiri ada Lembaga Pengawasan/Penasihat Syariah yang mengawalselia skim-skim takaful yang dipasarkan kepada orang ramai. Maknanya di sini, setiap skim takaful yang berada di Malaysia mendapat 2 tapisan syariah sebelum dipasarkan.


Berikut adalah barisan Jawatankuasa Penasihat Syariah eTiQa Takaful:

ahli-syariahHubungi kami untuk dapatkan sebut harga percuma.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (014 820 7111)

SERTAI KAMI HARI INI

eTiqa Medical Card ULTRA MEDIC RIDER

Medical Card
ULTRA MEDIC RIDER
Pelan yang mindexembantu anda melindungi kesihatan.
Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa inginkan. Namun begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk. Ultra Medic Rider direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada kesihatan. Dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang perlindungan perubatan.

Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.

“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.”

“Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”

- The Star, 14 Mac 2009.

Pelan Untuk Kesihatan AndaUltra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.

9221492_orig

 

 

 

 

 

 

 

Manfaat UtamaDengan Ultra Medic Rider, anda akan menikmati manfaat-manfaat utama yang unik seperti berikut:
• Pendapat Perubatan Kedua*
Kami memahami bahawa apabila anda sedang berusaha untuk mendapat rawatan disebabkan oleh sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga di samping memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat Pendapat Perubatan Kedua ialah laporan perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana institusi perubatan terkenal di dunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan cara ini, anda menerima pendapat daripada pakar-pakar perubatan yang terkemuka di dunia untuk dibandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.

Setelah menyerahkan fail-fail perubatan anda kepada pusat perubatan pilihan, anda dan pakar perubatan anda akan menerima satu salinan pendapat perubatan kedua yang lengkap. Bersama-sama dengan pakar perubatan, anda kemudiannya boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk memulihkan penyakit anda.
• Rawatan Perubatan Alternatif*
Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti Kiropraktor, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Bonus Tanpa Tuntutan
Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami berikan anda 5% daripada premium rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (ke-3) polisi dan tahun berikutnya.
• Tiada Ko-Takaful
Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di Etiqa, kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara penuh supaya anda boleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan bil-bil perubatan.
• Kad Kemasukan Hospital Tanpa Tunai
Ultra Medic Rider disertakan dengan satu kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan kad semua-dalam-satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.

36 Penyakit Kritikal

36 Jenis Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam eTiqa Takaful. Senarai ini adalah ringkasan sahaja. Maklumat lengkap akan diupload sedikit masa lagi.

Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi eTiqa  Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.

1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI

Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal

1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.

Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.

2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.

Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma.
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.

15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.

16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.

17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)

Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.

18. Kebakaran Parah.
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.

19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.

20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.

Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-

i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.

21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.

22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan

Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan

Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian

Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh

Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan

Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-

- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.

24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.

27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.

28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.

Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.

iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.

v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.

vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.

31. Full Blown AIDS
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.

Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan

Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan

Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas

Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian

Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh

Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan

Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Semua yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.

Konsep Takaful

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan   satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

 

Ganjaran Hebat Sebagai Agent

DAFTAR SEKARANG SECARA PERCUMA

Rewards & Incentive

Di Etiqa Takaful, agent-agent yang mencapai target jualan (sales) akan menerima pelbagai insentif antaranya.

1- Star Club (percutian di luar negara)
2- High Producer Fringe Benefit
3- Production Bonus
4- Persistency Bonus
5- Short Term Incentive (Raining Cash/Chiang Mai/Umrah)
6- International Recognition (MDRT, COT,TOT)

Prinsip Penting Untuk Berjaya Dalam Industri Takaful

DAFTAR SEKARANG SECARA PERCUMA

Tips & Tricks

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan tips-tips yang mungkin berguna terutamanya agent-agent yang baru join kelas Part 1 or Part 11.

1. Disiplin

2. Be a good follower

3. Never Quit

4. PIC ( Participate, Involved and Committed)

5. Always positive

6. Buddy-Buddy System

7. Start Early

8. Jangan bertangguh (No Procrastination)

9. 30 Phone calls a day, 5 Presentation a day